Monday, 1 August 2016

PENILAIAN PERTANDINGAN 
"IMARAH SURAU" PERINGKAT NEGERI


Pada 31 Julai 2016 (Ahad) baru-baru ini, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pelajaran Daerah Marang telah sudi datang ke SK Rusila untuk membuat penilaian bagi pertandingan "Imarah Surau" Peringkat Negeri.

Kedatangan mereka kira-kira pukul 9.00 pagi dan disambut oleh pihak pentadbir iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM.

Secara keseluruhannya, mereka berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan tetapi masih ada yang perlu diperbaiki di masa akan datang.  Contohnya, perlu ada inovasi fizikal yang memberi kelainan dan kemudahan kepada pengguna Surau Al-Ikhlas.

Segala cadangan dan teguran oleh pihak JPN, kami warga SK Rusila menerima dengan hati terbuka dan akan berusaha menjadi yang lebih terbaik di masa akan datang.



GAMBAR-GAMBAR







Wednesday, 27 July 2016

GOTONG-ROYONG SURAU AL-IKHLAS


Surau Al-Ikhlas sekali lagi terpilih mewakili daerah Marang sempena pertandingan "Imarah Surau" kali yang ketiga berturut-turut.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menceria dan menambah baik kemudahan surau yang sedia ada.

Jawatankuasa khas memulakan tugas mereka dari hari Ahad-Khamis (24 Julai-28 Julai 2016).  Kesungguhan dan komitmen masing-masing harus diberikan penghargaan dan pujian dan hanya Allah sahaja dapat membalas segala usaha mereka.  

Terima kasih warga SKR!


GAMBAR-GAMBAR





Cikgu Fadrul Hisham (kiri) selaku pengarah projek sedang memberi arahan



Aktiviti mengecat dinding surau



Salah seorang warga SK Rusila sedang mengecat bahagian hadapan surau




Ustaz Mohd Rawi telah siap memasang rak dengan jayanya






Warga perkasa SK Rusila sedang mengangkat pondok untuk diletakkan di tepi surau



Hasil terakhir Surau Al-Ikhlas SK Rusila


Friday, 15 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016


Tarikh: 14 Julai 2016
Masa: 7.45 pagi - 1.15 petang
Tempat: Dewan Ilmi SK Rusila 
Sasaran: Semua warga SK Rusila

Rasional

Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Rusila sempena bulan Syawal.  Program ini sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.


Objektif

1.Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kehidupan seharian.
2.Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza-beza.
3.Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.


GAMBAR-GAMBAR 




 

Friday, 1 July 2016

PROGRAM MUSOFAHAH AIDILFITRI 2016

Tarikh: 30 Jun 2016
Masa: 10.45 pagi - 1.15 petang
Lokasi: Dewan Ilmi SK Rusila
Kehadiran: Semua warga SK Rusila 

Rasional
Majlis musofahah Aidilfitri dan penyampaian duit raya merupakan program tahunan yang dijalankan pada setiap tahun.  program ini diadakan bertujuan bermaaf-maafan sesama warga SK Rusila.  Guru-guru juga mengambil peluang untuk menyampaikan duit raya kepada murid masing-masing.


Matlamat
Semua warga SK Rusila dapat bermaaf-maafan segala kesilapan jika ada.


Objektif 
1. Melahirkan insan yang lebih bertaqwa, soleh dan solehah.
2. Mendedahkan kepada murid-murid dan warga SK Rusila tentang amalan-amalan yabg perlu dilakukan semasa menyambut Aidilfitri.
3. Merapatkan ukhwah sesama warga SK Rusila.
 


GAMBAR-GAMBAR





Friday, 24 June 2016

TADARRUS AL-QURAN



LAPORAN PROGRAM TADARRUS AL-QURAN

Tarikh: Setiap hari persekolahan bermula 12-23/6/2016
Masa: 9.45-10.15 pagi        (Tahap 1)
          : 10.15-10.45 pagi      (Tahap 2)
Lokasi: Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru SK Rusila

Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.

Rasional
Ramadhan kembali lagi.  Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadhan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila tiba Ramadhan, pintu-pintu rahmat akan dibuka”
(Riwayat Muslim)
Sehubungan dengan itu, Persatuan Pendidikan Islam SK Rusila telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran dan Khatam sebagai satu usaha menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.




Objektif
1.Membudayakan amalan bertadarrus Al-Quran di kalangan warga SK Rusila  sepanjang bulan Ramadhan.
2. Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
3.Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
4.Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila

Strategi pelaksanaan
Semua murid tahap 1 akan berkumpul di surau setiap hari pada jam 9.45 pagi dan tahap 2 pada jam 10.15 pagi mengikut jadual masing-masing.  Murid-murid akan diberikan kumpulan tadarrus dan juzuk yang perlu dihabiskan sepanjang bulan Ramadhan.



GAMBAR-GAMBAR










Guru mengawasi murid-murid semasa program Tadarrus Al-Quran














Thursday, 23 June 2016

NUZUL AL-QURAN



LAPORAN PROGRAM NUZUL AL-QURAN



Tarikh21 Jun 2016 bersamaan 16 Ramadhan 1437H

Hari: Selasa
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: Dewan Ilmi SK Rusila


PENGENALAN
Peringatan hari Nuzul Al-Quran diadakan bertujuan untuk memperingati peristiwa penurunan Al-Quran sebagai mu’jizat agung kepada Nabi Muhammad SAW. Kitab suci al-Quran merupakan mukjizat baginda s.a.w.

OBJEKTIF
1. Mengingati dan menghayati hari Nuzul Al-Quran.
2. Menanamkan minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
3. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga 6 dan warga SK Rusila.



ATUCARA

11.00 pagi                 : Murid mengambil tempat
                                   : Ucapan Pengerusi Majlis
                                   : Bacaan doa
11.30 pagi                 : Ceramah sempena Nuzul Quran
                                   : Kuiz Nuzul Al-Quran
12.30 tengahari        : Penyampaian hadiah
01.00 tengahari        : Berselawat dan bersurai



Strategi pelaksanaan

Semua murid Tahun 1 hingga 6 akan berkumpul di Dewan Ilmi pada pukul 10.45 pagi.  Majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rawi bin Muda mengenai sejarah penurunan Al-Quran.  Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting dalam buku catatan mereka.  Ceramah akan diselitkan dengan soalan kuiz mengenai isi ceramah yang telah disampaikan. Murid akan memberikan jawapan mereka secara langsung dan hadiah akan diberikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan selawat.


PENUTUP

Diharap program ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat memberi impak kepada warga sekolah.