LAPORAN PROGRAM TADARRUS AL-QURAN
Masa:
9.45-10.15 pagi (Tahap 1)
:
10.15-10.45 pagi (Tahap 2)
Lokasi:
Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru SK
Rusila
Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.
Rasional
Ramadhan kembali lagi.
Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadhan
yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila tiba Ramadhan,
pintu-pintu rahmat akan dibuka”
(Riwayat Muslim)
Sehubungan dengan itu, Persatuan Pendidikan Islam SK Rusila telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran dan Khatam
sebagai satu usaha menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Objektif
1.Membudayakan amalan
bertadarrus Al-Quran di kalangan warga SK Rusila sepanjang bulan Ramadhan.
2. Menanam sikap
cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
3.Melatih murid-murid
mendisiplinkan masa dengan baik.
4.Dapat mengeratkan
silaturrahim warga SK Rusila
Strategi pelaksanaan
Semua murid tahap 1 akan berkumpul di surau setiap hari pada jam 9.45
pagi dan tahap 2 pada jam 10.15 pagi mengikut jadual masing-masing. Murid-murid akan diberikan kumpulan tadarrus
dan juzuk yang perlu dihabiskan sepanjang bulan Ramadhan.
GAMBAR-GAMBAR
Guru mengawasi murid-murid
semasa program Tadarrus Al-Quran
No comments:
Post a Comment