PENILAIAN PERTANDINGAN
"IMARAH SURAU" PERINGKAT NEGERI
Pada 31 Julai 2016 (Ahad) baru-baru ini, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pelajaran Daerah Marang telah sudi datang ke SK Rusila untuk membuat penilaian bagi pertandingan "Imarah Surau" Peringkat Negeri.
Kedatangan mereka kira-kira pukul 9.00 pagi dan disambut oleh pihak pentadbir iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM.
Secara keseluruhannya, mereka berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan tetapi masih ada yang perlu diperbaiki di masa akan datang. Contohnya, perlu ada inovasi fizikal yang memberi kelainan dan kemudahan kepada pengguna Surau Al-Ikhlas.
Segala cadangan dan teguran oleh pihak JPN, kami warga SK Rusila menerima dengan hati terbuka dan akan berusaha menjadi yang lebih terbaik di masa akan datang.
GAMBAR-GAMBAR
No comments:
Post a Comment