SOLAT ZUHUR BERJAMAAH
LAPORAN PROGRAM SOLAT ZUHUR BERJAMAAH
Tarikh:
Setiap hari persekolahan
Masa:
1.15-1.45 petang
Lokasi:
Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran:
- Murid-murid dan guru-guru Tahun 5 & 6 (setiap hari)
- Murid-murid dan guru-guru Tahun 3 & 4 (Selasa)
- Murid-murid Tahun 1 & 2 (digalakkan)
Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan solat berjamaah.
Rasional
Murid-murid mesti dilatih dan dibimbing menunaikan tuntutan
agama. Mendisiplinkan mereka untuk
bersolat berjamaah dapat membiasakan diri mereka untuk merebut peluang bersolat
jamaah di mana sahaja mereka berada. Bak
kata pepatah Melayu “alah bisa tegal biasa”. Permulaannya sukar, tetapi lama-kelamaan akan
sebati dalam diri mereka apabila mendengar azan, adalah menjadi kemestian
menyahut panggilan tersebut untuk melangkah kaki ke rumah Allah.
Objektif
1. Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan
agama.
2. Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
3. Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila
Strategi pelaksanaan
Semua murid Tahun 5 & 6 akan berkumpul di surau setiap hari
pada jam 1.45 petang pada hari Ahad dan Isnin, jam 1.15 petang pada hari
Selasa, Rabu dan Khamis. Murid yang
bertugas sebagai bilal akan melaungkan azan jika telah masuk waktu Zuhur dan
solat akan dipimpin oleh ustaz yang bertugas.
GAMBAR-GAMBAR
No comments:
Post a Comment