Sunday, 7 February 2016

GOTONG - ROYONG




LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG SEKOLAH

Tarikh: 6 Febuari 2016
Masa: 8.00-11.00 pagi
Lokasi: Sekitar kawasan SK Rusila
Kehadiran/Sasaran: Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa/penjaga SK Rusila

Objektif gotong-royong
1.      Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru
SK Rusila.
2.      Membersih dan mencantikkan surau sekolah.
3.  Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
4.      Memupuk sikap cintakan alam dan kebersihan kawasan sekitar.

Laporan aktiviti
Pembahagian Zon:
Zon 1:  Kawasan longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah.
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah.
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas.
Zon 5: Surau sekolah.


Peralatan gotong-royong
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.

Aktiviti
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid.  Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid.  Aktiviti gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pagi setelah selesai taklimat yang diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong.  Gotong-royong dimulakan dengan aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang telah ditetapkan.  Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan keceriaan tempat rehat guru.

GAMBAR-GAMBAR





















No comments:

Post a Comment