Friday, 24 June 2016

TADARRUS AL-QURAN



LAPORAN PROGRAM TADARRUS AL-QURAN

Tarikh: Setiap hari persekolahan bermula 12-23/6/2016
Masa: 9.45-10.15 pagi        (Tahap 1)
          : 10.15-10.45 pagi      (Tahap 2)
Lokasi: Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru SK Rusila

Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.

Rasional
Ramadhan kembali lagi.  Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadhan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila tiba Ramadhan, pintu-pintu rahmat akan dibuka”
(Riwayat Muslim)
Sehubungan dengan itu, Persatuan Pendidikan Islam SK Rusila telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran dan Khatam sebagai satu usaha menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.




Objektif
1.Membudayakan amalan bertadarrus Al-Quran di kalangan warga SK Rusila  sepanjang bulan Ramadhan.
2. Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
3.Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
4.Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila

Strategi pelaksanaan
Semua murid tahap 1 akan berkumpul di surau setiap hari pada jam 9.45 pagi dan tahap 2 pada jam 10.15 pagi mengikut jadual masing-masing.  Murid-murid akan diberikan kumpulan tadarrus dan juzuk yang perlu dihabiskan sepanjang bulan Ramadhan.



GAMBAR-GAMBAR










Guru mengawasi murid-murid semasa program Tadarrus Al-Quran














Thursday, 23 June 2016

NUZUL AL-QURAN



LAPORAN PROGRAM NUZUL AL-QURAN



Tarikh21 Jun 2016 bersamaan 16 Ramadhan 1437H

Hari: Selasa
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: Dewan Ilmi SK Rusila


PENGENALAN
Peringatan hari Nuzul Al-Quran diadakan bertujuan untuk memperingati peristiwa penurunan Al-Quran sebagai mu’jizat agung kepada Nabi Muhammad SAW. Kitab suci al-Quran merupakan mukjizat baginda s.a.w.

OBJEKTIF
1. Mengingati dan menghayati hari Nuzul Al-Quran.
2. Menanamkan minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
3. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga 6 dan warga SK Rusila.



ATUCARA

11.00 pagi                 : Murid mengambil tempat
                                   : Ucapan Pengerusi Majlis
                                   : Bacaan doa
11.30 pagi                 : Ceramah sempena Nuzul Quran
                                   : Kuiz Nuzul Al-Quran
12.30 tengahari        : Penyampaian hadiah
01.00 tengahari        : Berselawat dan bersurai



Strategi pelaksanaan

Semua murid Tahun 1 hingga 6 akan berkumpul di Dewan Ilmi pada pukul 10.45 pagi.  Majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rawi bin Muda mengenai sejarah penurunan Al-Quran.  Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting dalam buku catatan mereka.  Ceramah akan diselitkan dengan soalan kuiz mengenai isi ceramah yang telah disampaikan. Murid akan memberikan jawapan mereka secara langsung dan hadiah akan diberikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan selawat.


PENUTUP

Diharap program ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat memberi impak kepada warga sekolah.
























Wednesday, 22 June 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU

MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU



Tarikh: 21 Jun 2016
Masa: 2.00-3.30 petang
Lokasi: Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran: Semua guru SK Rusila

Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.

Rasional
Ramadhan kembali lagi.  Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadhan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila tiba Ramadhan, pintu-pintu rahmat akan dibuka”
(Riwayat Muslim)
Sehubungan dengan itu, Persatuan Pendidikan Islam SK Rusila telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran dan Khatam sebagai satu usaha menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.


 Objektif
1.Membudayakan amalan bertadarrus Al-Quran di kalangan warga SK Rusila sepanjang bulan Ramadhan.
2.Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
3.Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
4.Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila.

Strategi pelaksanaan
Setiap guru dibahagikan kumpulan dan diberikan juzuk Al-Quran yang perlu dibaca sepanjang bulan Ramadhan.  

 







MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL




LAPORAN PROGRAM MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL

Tarikh: 
Setiap hari persekolahan bermula 21/6 hingga akhir persekolahan
Masa:
7.45-8.15 pagi
Lokasi
Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran
Murid-murid dan guru-guru Tahun 6 SK Rusila

Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.

Rasional
Peperiksaan besar seperti UPSR menjadi satu kayu ukur prestasi sesebuah sekolah.  Oleh itu, banyak program akademik, kokurikulum dan kerohanian telah diadakan bagi membantu dan membina kecemerlangan murid-murid di SK Rusila. 
 
Sehubungan dengan itu, Persatuan Pendidikan Islam SK Rusila telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program majlis bacaan surah Yasin dan tahlil sebagai satu usaha bagi mendidik jiwa rohani dan keperibadian murid-murid Tahun 6.

Majlis bacaan surah Yasin dan tahlil juga memberi peluang kepada semua warga SK Rusila menghadiahkan pahala bacaan tersebut bagi maksud tertentu misalnya kepada arwah keluarga, untuk mendoakan seseorang yang sakit mohon disembuhkan oleh Allah atau mana-mana hajat yang diingini.




Objektif
1.      Mendidik jiwa rohani calon-calon UPSR agar mudah menerima pelajaran dengan baik.
2.      Membudayakan amalan membaca Al-Quran di kalangan warga SK Rusila sepanjang bulan Ramadhan.
3.      Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
4.      Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
5.      Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila

Strategi pelaksanaan
Semua murid Tahun 6 akan berkumpul di surau setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 7.45 pagi.  Murid-murid akan membuat bulatan kumpulan dan diasingkan murid lelaki dan perempuan.  Ustaz Mohd Rawi bin Muda mengetuai murid-murid bacaan surah Yasin dan bacaan tahlil.  Kemudian bersama-sama menunaikan solat hajat secara berjamaah.


GAMBAR-GAMBAR