Thursday, 5 May 2016

ISRAK DAN MIKRAJ



Tarikh: 4 Mei 2016 bersamaan 26 Rejab 1437H
Hari: Rabu
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: Dewan Ilmi SK Rusila



PENGENALAN
Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mengingatkan tentang peristiwa Rasulullah S.A.W yang diangkat ke Sidratul Muntaha.  Di samping memberi pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memuliakan dan mengingati peristiwa penting tersebut.  Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup ini.  Diharap majlis ini dapat menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.  Kecemerlangan pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang berteraskan Islam.




OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam.
2. Mewujudkan contoh yang baik kepada murid-murid untuk diikuti.
3. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT.
4. Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah sebagai asas perkembangan tamadun manusia.


KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga 6 dan warga SK Rusila.



ATUCARA
11.00 pagi                  : Murid mengambil tempat
                                    : Ucapan Pengerusi Majlis
                                    : Bacaan doa
11.30 pagi                  : Ceramah sempena Israk dan Mikraj
                                    : Kuiz Israk dan Mikraj
12.30 tengahari         : Penyampaian hadiah
01.00 tengahari         : Berselawat dan bersurai


GAMBAR-GAMBAR


Ustaz Mohd Rawi sedang menyampaikan ceramah



Murid-murid sedang mendengar ceramah yang sedang disampaikan


No comments:

Post a Comment