Saturday, 20 February 2016

SOLAT HAJAT PERDANA 2016

Tarikh: 19 Febuari 2016
Hari: Jumaat
Masa: 7.00 malam
Tempat: Surau Al-Ikhlas & Dewan Ilmi SK Rusila 
Sasaran: Murid Tahun 6 & semua guru SK Rusila 




PENGENALAN

Bermunajat kepada Allah adalah suatu kewajipan setelah berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan. Oleh itu Solat hajat merupakan satu elemen penting yang diadakan setiap tahun bagi membantu murid –murid agar kejayaan dunia akhirat menjadi milik mereka.


OBJEKTIF

1.        Memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah.
2.        Untuk  keselamatan dan  kesejahteraan di dunia dan  di akhirat.
3.        Untuk  kejayaan  dalam  peperiksaan UPSR
4.        Memberi kesedaran belajar kepada semua murid tahun enam.


GAMBAR-GAMBAR





Sunday, 7 February 2016

GOTONG - ROYONG




LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG SEKOLAH

Tarikh: 6 Febuari 2016
Masa: 8.00-11.00 pagi
Lokasi: Sekitar kawasan SK Rusila
Kehadiran/Sasaran: Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa/penjaga SK Rusila

Objektif gotong-royong
1.      Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru
SK Rusila.
2.      Membersih dan mencantikkan surau sekolah.
3.  Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
4.      Memupuk sikap cintakan alam dan kebersihan kawasan sekitar.

Laporan aktiviti
Pembahagian Zon:
Zon 1:  Kawasan longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah.
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah.
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas.
Zon 5: Surau sekolah.


Peralatan gotong-royong
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.

Aktiviti
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid.  Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid.  Aktiviti gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pagi setelah selesai taklimat yang diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong.  Gotong-royong dimulakan dengan aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang telah ditetapkan.  Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan keceriaan tempat rehat guru.

GAMBAR-GAMBAR