Sunday, 10 January 2016

KULIAH RINGKAS / TA'LIM / TAZKIRAH




LAPORAN PROGRAM KULIYAH RINGKAS 
TA’LIM DAN TAZKIRAH

Tarikh: Setiap hari persekolahan
Masa: Selepas solat Zuhur berjamaah
Lokasi: Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran:
Murid-murid dan guru-guru Tahun 5 & 6 (Setiap hari)
Murid-murid dan guru-guru Tahun 3 & 4 (Selasa)
Murid-murid Tahun 1 & 2 (digalakkan)

Matlamat
Melahirkan generasi yang berilmu dan cintakan solat berjamaah.

Rasional
Murid-murid mesti dilatih dan dibimbing untuk mencintai ilmu.  Mendisiplinkan mereka untuk bersolat berjamaah dan selepas itu mendengar sedikit tazkirah memenuhi makanan rohani dalam diri mereka.  Sesuailah dengan kata-kata bijak pandai: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan “Ilmu Jambatan Hidup”.  

Objektif
1.      Menanam sikap cintakan ilmu dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
2.      Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
3.      Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila



Strategi pelaksanaan
Semua murid Tahun 5 & 6 akan berkumpul di surau setiap hari pada jam 1.45 petang pada hari Ahad dan Isnin, jam 1.15 petang pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.  Selepas solat zuhur berjamaah, sedikit tazkirah akan disampaikan oleh guru bertugas.  Ini penting bagi memberikan santapan rohani kepada mereka.









JADUAL GURU BERTUGAS

Ahad
Bilal
Muhammad Aiman Irsyad (6P)
Alif Hafizan (5S)
Imam
Ustaz Mohd Rawi
Guru Penyelia
Ustazah Nasibah
Ustazah Ros Anita
Isnin
Bilal
Muhammad Ammar Zul (6P)
Muhammad Alif (5P)
Imam
Ustaz Khair Allutfi
Guru Penyelia
Ustazah Wan Nor Suhani
Ustazah Tuan Intan Azlina
Selasa
Bilal
Muhammad Aiman Akram (6P)
Muhammad Qais Amiri (5P)
Imam
Ustaz Ahmad Shamsuddin
Guru Penyelia
Ustazah Zubaidah Endot
Ustazah Kamsah
Rabu
Bilal
Muhammad Hanis (6P)
Muhamad Nukman Adam (5M)
Imam
Ustaz Mohd Rawi
Guru Penyelia
Ustazah Nor Lailawati
Ustazah Noor Hasniza
Khamis
Bilal
Ahmad Afiq Ilhami (6P)
Ahmad Afiq (5M)
Imam
Ustaz Ahmad Shamsuddin
Guru Penyelia
Ustazah Suryati Fazma
Ustazah Noraliza

























SOLAT ZUHUR BERJAMAAH

SOLAT ZUHUR BERJAMAAH



LAPORAN PROGRAM SOLAT ZUHUR BERJAMAAH

Tarikh: Setiap hari persekolahan
Masa: 1.15-1.45 petang
Lokasi: Surau Al-Ikhlas SK Rusila
Kehadiran
  • Murid-murid dan guru-guru Tahun 5 & 6 (setiap hari)
  • Murid-murid dan guru-guru Tahun 3 & 4 (Selasa)
  • Murid-murid Tahun 1 & 2 (digalakkan)


Matlamat
Melahirkan generasi yang cintakan solat berjamaah.

Rasional
Murid-murid mesti dilatih dan dibimbing menunaikan tuntutan agama.  Mendisiplinkan mereka untuk bersolat berjamaah dapat membiasakan diri mereka untuk merebut peluang bersolat jamaah di mana sahaja mereka berada.  Bak kata pepatah Melayu “alah bisa tegal biasa”.  Permulaannya sukar, tetapi lama-kelamaan akan sebati dalam diri mereka apabila mendengar azan, adalah menjadi kemestian menyahut panggilan tersebut untuk melangkah kaki ke rumah Allah.

Objektif
1.      Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
2.      Melatih murid-murid mendisiplinkan masa dengan baik.
3.      Dapat mengeratkan silaturrahim warga SK Rusila

Strategi pelaksanaan
Semua murid Tahun 5 & 6 akan berkumpul di surau setiap hari pada jam 1.45 petang pada hari Ahad dan Isnin, jam 1.15 petang pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.  Murid yang bertugas sebagai bilal akan melaungkan azan jika telah masuk waktu Zuhur dan solat akan dipimpin oleh ustaz yang bertugas.

GAMBAR-GAMBAR